Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

PKP mungkin dilaksana semula jika kes meningkat mendadak

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 16 September - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa dilaksanakan semula sekiranya kes COVID-19 di dalam negara meningkat dengan mendadak.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi peringatan, jika PKP dilaksanakan semula, ia akan memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat dan ekonomi negara.

Justeru, rakyat diingatkan supaya terus berwaspada dan tidak leka terhadap peraturan berkaitan kuarantin, pemakaian pelitup muka serta pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang masih berkuat kuasa agar penularan wabak COVID-19 dapat dikawal.

Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin memaklumkan erajaan tidak akan terburu-buru membuka sempadan negara.

Sebaliknya, kawalan sempadan akan terus diperketat termasuk meningkatkan usaha menghalang kemasukan pendatang tanpa izin bagi mengekang wabak COVID-19.