Saturday, 4 December 2021

updated 5:48 AM UTC, Dec 4, 2021

Vaksin COVID-19: Perlu ujian serta kelulusan WHO

  • Published in Nasional


KUALA LUMPUR, 9 September- 
Penggunaan vaksin COVID-19 yang kini sedang dibangunkan beberapa negara seperti China, Rusia, India dan United Kingdom, sedang dipertimbang kerajaan.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali menjelaskan vaksin berkenaan perlu diuji terlebih dahulu keberkesanan juga keselamatannya serta diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Sesuatu vaksin mestilah menjalani beberapa tahap klinikal bagi menentukan keberkesanan dan keselamatan pada manusia."

"Negara kita kini ada berkolaborasi strategik dengan beberapa negara dan sedang berusaha menyediakan vaksin namun di peringkat yang terlalu awal."

"Sekiranya ada negara yang sedang melalui fasa klinikal, mendapat kelulusan daripada WHO, berkesan dan selamat, sudah tentu kerajaan akan berusaha mendapatkan vaksin untuk digunakan oleh rakyat di negara ini."

Datuk Dr. Noor Azmi menjawab soalan tambahan Dr. Nuing Jeluing di Dewan Negara.