Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

Penggiat industri perlu bekerjasama pulihkan sektor pelancongan

  • Published in Nasional

LANGKAWI, 15 Ogos - Penggiat industri diminta saling bekerjasama dalam merancakkan kembali sektor pelancongan negara.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia mampu memulihkan kembali sektor pelancongan yang terjejas teruk ekoran penularan COVID-19.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Sesi Libat Urus bersama Penggiat Industri Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Kedah di Langkawi.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan penguatkuasaan pematuhan SOP di Langkawi perlu dititikberatkan agar orang ramai terus yakin untuk berkunjung ke pulau itu.