Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

KPKT tubuh Suruhanjaya Pekerja Kerajaan Tempatan

  • Published in Nasional

PETALING JAYA, 15 Ogos - Satu Suruhanjaya Pekerja Kerajaan Tempatan akan ditubuhkan hujung tahun ini dengan menggunakan cara penggiliran dalam kalangan petugas penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, penubuhan itu bagi mengekang berlakunya salah laku rasuah dalam kalangan penguat kuasa PBT.

Menurut Zuraida, suruhanjaya tersebut diperkenalkan bagi membolehkan pegawainya bergilir-gilir menjalankan tugas.

Ia bukan sahaja dapat mengelak masalah salah laku, tetapi juga dapat mempertingkatkan prestasi pegawai yang bertugas.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Kebun Komuniti PPR Lembah Subang 2.

Dalam pada itu, mengulas isu gerai haram beliau menegaskan, pihaknya tidak akan terus merobohkannya tetapi membuat tindakan secara berperingkat dengan memberi amaran, notis, dan jumlah masa sekurang-kurangnya tiga bulan untuk pihak berkenaan mencari tempat baharu.

Baru-baru ini terdapat isu perobohan beberapa gerai haram di sekitar Sungai Buloh.

Bagaimanapun, Zuraida menafikan pihak PBT bertanggungjawab atas perbuatan tersebut.

Beliau percaya, ia dilakukan peniaga sendiri bagi mengelak dikenakan tindakan.