Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

Penyertaan BERSATU dalam Muafakat Nasional, keputusan akan diketahui dalam masa terdekat

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 15 Ogos - Penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional akan dimuktamad dalam masa terdekat.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU telah bersetuju menyertai Muafakat Nasional yang mendokong Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan besar atau 'the grand coalition'.

Tan Sri Muhyiddin yang juga pemangku Pengerusi Bersatu berucap dalam perutusan sempena persidangan Srikandi, Armada dan Bahagian Bersatu 2020.

Tambah beliau, di peringkat pusat, pihaknya sering mengadakan perbincangan dengan pucuk pimpinan parti yang membentuk PN.

Beberapa persetujuan utama telah dicapai dalam pertemuan itu yang akan memperkukuhkan lagi kedudukan Bersatu dan parti lain dalam PN.

Dalam pada itu Tan Sri Muhyiddin memaklumkan, keahlian Bersatu kini sudah mencecah lebih 420,000 orang di seluruh negara dengan 197 bahagian dan 2,950 cawangan yang berdaftar.