Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

BERSATU Johor masih utuh, berdiri kukuh di belakang kepimpinan Perdana Menteri

  • Published in Nasional

JOHOR BAHRU, 15 Ogos - Kesemua Sepuluh Dewan Undangan Negeri (DUN) Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor masih kukuh berdiri di belakang kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meskipun terdapat beberapa ahli keluar parti.

Setiausaha BERSATU Negeri, Mohd Solihan Badri berkata, pihaknya bersedia untuk mengisi semula kekosongan yang ditinggalkan ahli yang keluar parti, bagi meneruskan perjuangan.

Menurutnya, usaha tersebut bagi memastikan parti mempunyai jentera yang mencukupi, bagi menghadapi apa jua kemungkinan pilihan raya akan datang.

Pihaknya juga telah mengarahkan setiausaha bahagian untuk mengambil alih pentadbiran cawangan yang ditinggalkan ketua cawangan yang keluar parti.

Sehingga kini, terdapat dua ketua cawangan dan seorang ketua bahagian yang mengisytihar keluar parti.

Beliau ditemui dalam satu sidang media di Johor Bahru, Johor.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan pihak setiausaha agung akan mengumumkan ahli- ahli yang tidak layak untuk bertanding dan menjadi perwakilan, kerana tindakan disiplin yang dikenakan ke atas mereka.

Susulan itu, mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan untuk mengambil bahagian menjelang sidang DUN yang bakal berlangsung.