Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

Penginapan kuarantin pelajar Malaysia dari Yaman dibiayai menerusi Tabung Musaadah COVID-19

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 15 Ogos - Penginapan kuarantin 83 pelajar Malaysia yang pulang dari Yaman akan dibiaya sepenuhnya oleh Tabung Musaadah COVID-19. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan, bantuan ini susulan rayuan yang diterima JAKIM tentang kesulitan para pelajar untuk melangsaikan bayaran penginapan di sebuah hotel di ibu negara.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan replika cek kepada Pengarah Operasi COVID-19 Impiana KLCC Hotel, Khairul Afifi Zakaria di Kompleks Islam Putrajaya.

Sebanyak RM157,000 diserahkan bagi tujuan tersebut.

Beliau turut menyeru orang ramai agar bersama menyumbang kepada Tabung Musaadah COVID-19 bagi membantu mereka yang terkesan.