Wednesday, 30 September 2020

updated 12:44 AM UTC, Sep 30, 2020

Kluster Muda: 2 positif, 117 masih tunggu keputusan

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 14 Ogos - Kewujudan satu kluster baharu dikesan di Daerah Kuala Muda, Kedah dinamakan 'Kluster Muda'.

Kes pertama kluster ini melibatkan lelaki warga tempatan yang merupakan seorang anggota polis dan kes yang dilaporkan hari ini, merupakan rakan kerja kepada kes indeks.

Susulan itu, aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat telah dijalankan pada 13 Ogos dan hasil saringan keesokannya mendapati dua kes dikesan positif, lima negatif dan 117 lagi masih menunggu keputusan.

Pengesanan kes secara aktif sedang diteruskan dan langkah-langkah pencegahan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah kuman telah dijalankan di lokasi yang dikenalpasti.

Kesemua kes bagi kluster ini adalah warganegara Malaysia dan punca jangkitan masih dalam siasatan.