Wednesday, 30 September 2020

updated 12:44 AM UTC, Sep 30, 2020

COVID-19: 20 kes positif baharu dikesan

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 14 Ogos - Kes baharu COVID-19 hari ini meningkat kepada 20 kes menjadikan jumlah kumulatif setakat 12 tengah hari tadi kepada 9,149 kes.

Daripada jumlah tersebut tujuh merupakan kes import manakala 13 lagi penularan tempatan.

Bagi kes penularan tempatan, 11 adalah daripada Kluster Tawar di Baling Kedah selain satu kluster baharu dikesan iaitu Kluster Muda, juga di Kedah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataannya memberitahu, sebanyak tujuh kes telah sembuh menjadikan keseluruhan kes sembuh sebanyak 8,828.

Jumlah kes kematian pula kekal 125 kes, dengan tiada kematian baharu direkodkan.

Dalam pada itu, empat kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan satu memerlukan alat bantuan pernafasan.