Tuesday, 29 September 2020

updated 2:43 PM UTC, Sep 29, 2020

Kluster Tawar jangkiti 9 individu, kontak rapat dan individu diminta buat saringan COVID-19

  • Published in Nasional

14 Ogos - Kewujudan Kluster Tawar di Mukim Tawar, Baling Kedah yang sehingga kini sudah menjangkiti 9 individu daripada satu keluarga.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor telah mengarahkan Jawatankuasa Keselamatan Daerah (JKKD) untuk mengadakan mesyuarat peringkat daerah dan mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).

Dalam kenyataannya, beliau turut mengarahkan Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) Peringkat Negeri mengadakan mesyuarat Ahad ini.

Ketika ini keadaan terkawal.

Orang ramai juga diminta mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 seperti pemakaian pelitup separuh muka serta penjarakan fizikal, kerana gelombang kedua penularan wabak boleh menjadi lebih teruk dari yang telah berlaku.

Dalam pada itu, individu dan kontak rapat pesakit diminta tampil membuat saringan kesihatan.

Hanya satu pusat saringan dibuka iaitu di Klinik Kesihatan Tawar.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah Dr Ishak Hussain, sasaran saringan antara 150 ke 200 orang.

Saringan yang dijalankan di Klinik Kesihatan Tawar berjalan lancar dengan bantuan pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis  Daerah Baling serta anggota RELA.

Pekan Tawar terletak kira-kira 25 kilometer dari pusat pentadbiran daerah baling dan lokaliti penduduk melibatkan kawasan kampung dan taman perumahan.