Wednesday, 30 September 2020

updated 2:43 PM UTC, Sep 29, 2020

Sambutan Maal Hijrah kebiasaan baharu 20 Ogos ini

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 13 Ogos -Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bakal berlangsung dalam majlis ringkas di Masjid Negara pada 20 Ogos ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan, sambutan diadakan mengikut kebiasaan baharu, dengan jumlah peserta dihadkan selain perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.

Sambutan Maal Hijrah bagi peringkat negeri pula katanya, tertakluk kepada pengurusan di negeri masing-masing.

Datuk Dr Zulkifli berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Meja Bulat Jawatankuasa Task Force Penguatkuasaan Isu-isu Semasa Agama di Media Sosial.

Sementara itu, beliau berharap penubuhan Jawatankuasa bertindak Penguatkuasaan Isu-isu Semasa Agama di Media Sosial, bakal menghasilkan penyelesaian isu-isu berkaitan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), penghinaan terhadap agama Islam, ajaran sesat dan ateisme.