Wednesday, 30 September 2020

updated 2:43 PM UTC, Sep 29, 2020

COVID-19: 15 kes baharu

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 13 Ogos - Sebanyak 15 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlahnya 9,129 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata empat kes telah pulih, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,821 kes.

Sehubungan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 183 kes dan kesemua mereka telah diasingkan serta diberi rawatan.

Daripada 11 kes penularan dalam negara, 10 kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, iaitu kes saringan sebelum ke luar negara. 

Sehingga kini, terdapat dua kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Tiada pertambahan kes kematian dilaporkan hari ini dan jumlah kumulatif kekal 125 kes.