Wednesday, 30 September 2020

updated 2:43 PM UTC, Sep 29, 2020

Kluster Tawar libatkan lelaki warganegara di Mukim Tawar

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 13 Ogos - Satu lagi kluster baharu tertumpu di Mukim Tawar, Kedah dikenal pasti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes pertama 'Kluster Tawar' berkenaan melibatkan lelaki warganegara yang merupakan seorang peniaga.

Beliau sebelum ini didapati mempunyai sejarah menghadiri upacara keagamaan bagi memperingati kematian ahli keluarga.

Upacara yang berlangsung dari 31 Julai hingga 1 Ogos lalu itu dianggarkan telah dihadiri 30 orang.

Sehingga 13 Ogos, 86 kontak rapat beliau telah disaring, termasuk ahli keluarga dan kontak rapat di hospital.

Daripada jumlah itu, 9 kes dikesan positif, 21 negatif dan 56 masih menunggu keputusan.