Wednesday, 30 September 2020

updated 12:44 AM UTC, Sep 30, 2020

Harga siling RM1 pelitup muka dikuat kuasa Sabtu

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 13 Ogos - Harga siling runcit baharu RM1 bagi sekeping pelitup muka jenis tiga lapisan akan dikuat kuasa Sabtu ini, manakala, harga borong, 95 sen seunit berbanding RM1.45.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi menjelaskan, harga berkenaan ditetapkan selepas pihaknya mendapati bekalan pelitup muka jenis berkenaan mencukupi untuk menampung permintaan seluruh negara.

Beliau menyatakannya dalam sidang media Penetapan Harga Maksimum Pelitup Muka di Parlimen.