Wednesday, 26 January 2022

updated 11:33 AM UTC, Jan 26, 2022

Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah kedua, dibuka di Setiawangsa

  • Published in Nasional

SETIAWANGSA, 12 Ogos - Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) yang kedua di Kuala Lumpur kini dibuka di Setiawangsa.

Pembukaannya disempurnakan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pembukaan Pusat Hemodialisis YASA Setiawangsa ini bagi menambah keperluan pesakit selepas pembukaan YASA yang pertama di Cheras pada 7 Ogos, 2019.

Dengan menempatkan 12 mesin dialisis, pusat ini beroperasi mulai Isnin hingga Sabtu dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta anakanda baginda, Tengku Puteri Ilisha Ameera