Friday, 25 September 2020

updated 2:03 PM UTC, Sep 25, 2020

Penubuhan RCI Tabung Haji perlu kajian teliti, menyeluruh

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 11 Ogos - Kewajaran penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) berkaitan Tabung Haji akan hanya diputuskan apabila selesai pertemuan dengan jemaah menteri dan pihak berkaitan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pertemuan dengan Perdana Menteri esok, dijangka dapat merumuskan keperluan kepada pendekatan berkaitan.

Datuk Dr Zulkifli ditemui media, selepas menyampaikan Tauliah Amalan Guaman Syarie kepada 56 peguam Syarie Wilayah Persekutuan di ibu negara.

Semalam di dewan rakyat, beliau berkata, Kerajaan bersedia mempertimbang cadangan dan kewajaran menubuhkan RCI berhubung pelbagai isu yang dikaitkan dengan Tabung Haji.