Saturday, 26 September 2020

updated 2:03 PM UTC, Sep 25, 2020

9 Individu dikenakan tindakan ingkar SOP kuarantin di rumah

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 11 Ogos - 9 individu gagal patuhi SOP kuarantin wajib; dikenakan tindakan.

Mereka dikenal pasti menerusi 1,445 pemeriksaan yang dilakukan PDRM di kediaman masing-masing sejak semalam.

Tegas Datuk Seri Ismail Sabri, PDRM bersama petugas Kementerian Kesihatan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap individu terbabit bagi memastikan SOP dipatuhi.

Sejak 24 Julai hingga semalam, seramai 9,498 individu telah pulang ke tanah air .

Daripada jumlah itu, 20 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

Setakat ini, seribu 896 individu yang dikuarantin telah dibenarkan pulang.