Friday, 25 September 2020

updated 2:03 PM UTC, Sep 25, 2020

230 Individu ditahan ingkar PKPP

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 11 Ogos - 230 individu ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, PKPP ditahan, semalam.

13 daripadanya direman, 215 individu dikompaun, manakala dua lagi diberi jaminan polis.

Kenyataan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyebut, 69,896 pemeriksaan pematuhan SOP PKPP dilaksana semalam, meliputi kawasan pasar raya, premis makanan, bank, kilang, pejabat kerajaan dan terminal pengangkutan.

2,693 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 12,213 anggota terlibat dalam operasi pemeriksaan tersebut.

Sementara itu, dua individu ditahan dalam Operasi Benteng, atas kesalahan imigresen.

Semalam, 65 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng diadakan bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Bermula 1 Mei hingga semalam, 2,931 PATI, 625 tekong serta 167 penyeludup ditahan.

Manakala 122 bot dan 303 kenderaan yang terlibat dalam percubaan mencerobohi sempadan negara turut ditahan.