Friday, 25 September 2020

updated 2:03 PM UTC, Sep 25, 2020

SPRM jangka ada lagi tangkapan kes di Sungai Buloh

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 11 Ogos - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjangkakan akan ada lagi tangkapan berhubung kes perjudian dan penjualan rokok haram di Sungai Buloh, Selangor.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki bagaimanapun memberitahu pihaknya tidak mempunyai spesifikasi agensi penguatkuasaan yang dijangka akan ditahan.

Beliau turut berterima kasih dan memuji pemberi maklumat atau pengadu kepada kes tersebut yang dilihat berani untuk tampil kehadapan.

Beliau merasmikan Majlis Pelancaran Program SPRM PUBG Mobile i-Challenge di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Tegas Datuk Seri Azam lagi, SPRM sentiasa bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan kegiatan terbabit dapat ditumpaskan.

Terdahulu SPRM mengeluarkan kenyataan pihaknya menahan tiga pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang dipercayai mengutip dan menerima rasuah secara bulanan bagi melindungi premis-premis perniagaan yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di sekitar Sungai Buloh.