Friday, 25 September 2020

updated 2:03 PM UTC, Sep 25, 2020

COVID-19: 9 kes baharu dikesan

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 11 Ogos - Kes baharu COVID-19 kembali kepada satu digit iaitu 9 kes termasuk empat kes tempatan dan tiga daripadanya dari Kluster Depoh Tahanan Imigresen, Bukit Jalil.

Kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham turut memaklumkan kluster lain tiada kes baharu.

Sementara itu masyarakat di Kuala Sanglang, Arau, Perlis yang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketat (PKPD) secara pentadbiran hingga 31 Ogos, akur dan patuh dengan peraturan yang ditetapkan.

Lensa kamera kru RTM perlis, merakamkan pekan berkenaan, kini sunyi dan hanya ketua keluarga dibenarkan keluar untuk mendapatkan keperluan harian.

Tiga laluan utama menghala ke Pekan Kuala Sanglang kini turut dikawal ketat pihak polis dibantu ATM, APM dan RELA.

Selain itu, tiga sekolah yang terletak dalam kawasan PKPD Kuala Sanglang, masing-masing, SK Sanglang, SMK Sanglang dan SJKC Chin Hun turut ditutup bermula semalam.

Manakala 12 masjid yang terletak dikawasan berkenaan iaitu 7 di Sanglang, 3 di Simpang Empat dan 2 di  Guar Sanji turut ditutup bermula sejak 7 Ogos lepas, sebelum PKPD dikuatkuasakan atas titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.