Friday, 25 September 2020

updated 2:03 PM UTC, Sep 25, 2020

Salur maklumat jenayah terus ke pihak polis - Ketua Polis KL

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 11 Ogos - Orang awam disaran untuk terus memberi maklumat berkaitan perjudian haram dalam talian dan bukannya membuat pendedahan berkaitan sebarang kegiatan jenayah menerusi video tular.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, menegaskan, pihaknya telah mengadakan mesyuarat khas serta membentuk pasukan task force bagi membanteras kegiatan perjudian dan lain-lain jenayah sekitar ibu kota.

Tegasnya, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur memandang serius isu perjudian haram dan tumpuan diberi kepada beberapa lokasi panas sekitar ibu negara.

Dalam masa sama, menyatakan komitmen pihak berkuasa untuk bekerjasama dengan orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah terbabit.

Namun, tindakan menularkan maklumat tidak digalakkan kerana akan hanya mengancam keselamatan pengadu.

Orang awam boleh menghubungi bilik gerakan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur yang dibuka selama 24 jam di talian 03 - 2146 0670 atau WhatsApp di talian 017 - 316 9779.

Beliau ditemui selepas Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Dataran Merdeka.