Friday, 25 September 2020

updated 2:03 PM UTC, Sep 25, 2020

Pengambilan pelajar lulusan UEC ke IPG diteruskan, penuhi keperluan guru bahasa cina

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 11 Ogos - Dasar pengambilan pelajar lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG), akan diteruskan. 

Bagaimanapun, Menteri Pendidikan Dr. Mohd Radzi Md. Jidin berkata, pengambilan mereka khusus untuk pengajaran Subjek Bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaaan Cina (SJKC).

Beliau menjawab pertanyaan ahli parlimen Simpang Renggam Dr. Maszlee Malik.

Bagaimanapun, seperti yang digariskan Kementerian Pendidikan, calon PISMP Bahasa Cina Pendidikan Rendah, perlu mengikuti Kursus Khas dan lulus tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu Komunikasi, Sejarah serta Pendidikan Moral semasa tempoh persediaan.

Sementara itu, jelas Dr. Mohd Radzi, prestasi guru baharu lepasan IPG adalah cemerlang dan memenuhi keperluan sekolah.