Tuesday, 29 September 2020

updated 2:43 PM UTC, Sep 29, 2020

PRIHATIN: 190,000 OKU terima manfaat

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 6 Ogos - Seramai 190,000 Orang Kurang Upaya (OKU) menerima manfaat daripada peruntukan RM25 juta melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff menjelaskan, mereka terdiri daripada 87,910 penerima Elaun Pekerja Cacat (EPC), 75,722 penerima bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dan 26,368 penerima bantuan Penjagaan OKU Terlantar atau Pesakit Kronik Terlantar.

Kementerian turut bekerjasama dengan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta Malaysia dalam menyediakan draf prosedur operasi standard (SOP) pembukaan perkhidmatan urut dan refleksologi kendalian juru urut OKU penglihatan dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan.

Walaupun kerajaan tidak menyediakan bantuan khusus kepada golongan itu, pelbagai insentif diberikan.

Antaranya EPC sebanyak RM400 sebulan kepada OKU penglihatan yang terlibat dalam perkhidmatan urut dan refleksologi dengan pendapatan di bawah RM1,200 sebulan.