Tuesday, 29 September 2020

updated 2:43 PM UTC, Sep 29, 2020

COVID-19: Enam kes Kluster Sivagangga dikesan

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 6 Ogos - Enam daripada 15 kes baharu COVID-19 yang dikesan hari ini adalah daripada kluster Sivagangga.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemuanya merupakan kes generasi kedua kluster itu.

Lima daripadanya Satu Keluarga, yang pernah mengunjungi salah satu kawasan yang kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran, di negeri Kedah.

Dalam sidang medianya, Datuk Dr Noor Hisham menjelaskan, mereka telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah untuk rawatan.

Punca jangkitan masih di dalam siasatan.

Manakala tambah Datuk Dr Noor Hisham, satu lagi kes daripada kluster berkenaan pula mempunyai kontak rapat kepada ahli keluarganya, yang pernah mengunjungi kedai makan yang terbabit dalam kluster ini.

Setakat ini, sejumlah 1,647 orang disaring dalam kluster itu dan 24 didapati positif, 754 negatif manakala 869 masih menunggu keputusan ujian.