Tuesday, 29 September 2020

updated 2:43 PM UTC, Sep 29, 2020

Tiada anggota MALLBAT di Lubnan terlibat insiden letupan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 5 Ogos - Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, tiada anggota pasukan pengaman Batalion Malaysia 850-7 (MALBATT 850-7) di Lubnan terlibat di dalam tragedi letupan di Pelabuhan Beirut.

Bagaimanapun, ATM sentiasa memantau perkembangan di negara itu memandangkan Malaysia turut menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNIFIL).

UNIFIL mengesahkan salah sebuah kapal pasukan berlabuh di pelabuhan mengalami kerosakan dan beberapa kakitangan mengalami kecederaan.