Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Pinjaman PTPTN, pembayaran pinjaman dilanjutkan Oktober-Disember 2020

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 4 Ogos - Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam untuk tempoh TIGA bulan lagi, mulai 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad dalam satu kenyataan media menyatakan, penangguhan itu melibatkan anggaran jumlah bayaran balik sebanyak RM375 juta.

Semua peminjam PTPTN akan diberikan pelanjutan penangguhan secara automatik tanpa perlu membuat sebarang permohonan seperti sebelum ini.

Pelanjutan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN adalah selaras pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar.

Inisiatif kerajaan dibawah pelan Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) itu bertujuan melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi.

Secara keseluruhannya, anggaran penangguhan bayaran balik PTPTN adalah sebanyak RM1.13 bilion.