Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

6 Individu ditahan, ingkar kuarantin wajib di rumah

  • Published in Nasional

 

PUTRAJAYA, 1 Ogos - 6 individu gagal mematuhi SOP kuarantin wajib di rumah, ditahan.

Penahanan dilakukan dalam tempoh 5 hari sejak 27 Julai lalu.

Dalam satu kenyataan, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak berkuasa telah melaksanakan 2,271 pemeriksaan terhadap individu yang sedang menjalankan kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing.

Dalam pada itu, seramai 3,384 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai hingga semalam.

Kesemua mereka telah ditempatkan di 14 Hotel dan 5 Institut Latihan Awam.

Daripada jumlah itu, 13 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

Kesemua mereka pulang dari 23 negara.

'Maklumat Sahih, Jenama Dipercayai'

#BeritaRTM #RTM #COVID19Malaysia #PKPP #KitaJagaKita #KitaMestiMenang #KomunikasiKita #KerajaanPrihatin #MalaysiaPrihatin