Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

73 Kerusi dipertandingkan PRN Sabah

  • Published in Nasional

SABAH, 1 Ogos - Sebanyak 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan diadakan tidak lama lagi.

Perkara itu disahkan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah Rohiman Rahia.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, sebanyak 60 kerusi DUN dipertandingkan.

Namun pada Julai tahun lepas Dewan Rakyat meluluskan usul tambahan 13 kerusi DUN Sabah, menjadikan kedudukan semasa 73 kerusi .

13 DUN berkenaan ialah Bengkoka; Bandau; Pintasan; Pantai Dalit; Darau; Tanjung Keramat; Limbahau; Tulid; Telupid; Sungai Manila; Lamag; Segama dan Kukusan.

PRN Sabah bakal diadakan selepas DUN semasa dibubarkan.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Khamis lalu, beberapa jam selepas bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman mendakwa blok pembangkang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu.