Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

200 penduduk Segambut terima agihan daging korban

  • Published in Nasional


KUALA LUMPUR, 1 Ogos- 
Sebanyak 200 bungkusan daging korban diagihkan kepada penduduk memerlukan sekitar Segambut, khasnya golongan B40.

Ia merupakan sumbangan Yayasan Tan Sri Muhyiddin Charity Golf yang menganjurkan Program Korban dengan 24 ekor lembu sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha.

Menurut Ahli Majlis Yayasan Tan Sri Muhyiddin Charity Golf, Adam Radlan, sejumlah empat ekor lembu dikhususkan untuk kawasan Segambut.

Lembu-lembu tersebut telah disembelih terlebih dahulu di pusat penyembelihan di Shah Alam sebelum dibawa ke Segambut untuk dilapah secara gotong-royong.

"Ini memang aktiviti tahunan, cuma selalunya ibadah korban dilaksanakan di lokasi tetapi disebabkan kita ambil langkah berjaga-jaga, kita buat ibadah korban ini di pusat penyembelihan."

Program tersebut turut mendapat kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Desa Sri Hartamas.

Seramai 45 peserta terdiri daripada pegawai bomba dan ahli yayasan terlibat dalam proses melapah daging yang bermula pada pukul 8.00 pagi tadi.

Daging korban mula diagihkan pada pukul 10.30 pagi kepada wakil 8 cawangan penduduk sekitar segambut.