Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

Larangan pergerakan di Sarawak, Zon 1 dan 2 bermula tengah malam ini

  • Published in Nasional

SARAWAK, 31 Julai - Bermula tengah malam ini polis akan menguatkuasakan larangan pergerakan antara zon 1 dan zon 2 di Sarawak.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Dev Kumar menegaskan sekatan akan diadakan di Simunjan dan Sri Aman sehingga 14 Ogos.

Dalam satu kenyataan media, Datuk Dev berkata zon 1 yang meliputi Kuching, Samarahan dan Serian yang juga dikategorikan sebagai daerah Merah / Kuning dengan zon 2 atau daerah-daerah hijau.

Kebenaran bergerak hanya untuk tugas rasmi, pekerja perkhidmatan penting, kematian ahli keluarga terdekat, ahli keluarga sakit tenat dan keperluan pemeriksaan kesihatan.

Namun bagi kakitangan kerajaan dan pekerja perkhidmatan penting, surat pengesahan majikan diperlukan manakala untuk pergerakan lain yang dibenarkan, pihak terlibat perlu mendapatkan surat kebenaran daripada polis.

Penumpang penerbangan dari dan ke Kuching, juga perlu memohon surat kebenaran polis sebelum menempah tiket penerbangan.