Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

Parti politik perlu tampil dengan manifesto lebih telus

  • Published in Nasional

KOTA KINABALU, 31 Julai - Gabungan Parti yang akan bertanding bagi pilihanraya negeri Sabah nanti perlu tampil dengan manifesto yang lebih telus bagi memenangi hati rakyat khasnya pengundi.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Syahruddin Awg Ahmad, selain manifesto, potensi dan kredibiliti calon turut berperanan penting bagi mendekati hati rakyat.

Dr Syahruddin menyatakan demikian dalam satu temubual di Kota Kinabalu.

Mengulas pembubaran DUN Sabah, beliau berkata, langkah itu memberi peluang kepada kedua-dua parti untuk mempraktikkan sistem demokrasi dengan lebih telus daripada pelbagai perspektif.

Selain membentuk satu kerajaan pilihan rakyat, pihak akar umbi, pemimpin politik, pekerja parti dan kerajaan negeri juga perlu bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara sepanjang pilihanraya nanti.

Semalam, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Apdal membubarkan DUN Sabah selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Datuk Mahiruddin.