Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

Sultan Perak titah keamanan dan ketenteraman dalam negara dijamin sekiranya saling menghormati antara kaum

  • Published in Nasional

IPOH, 31 Julai - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, pertahanan negara akan menjadi lebih teguh apabila rakyat menemui titik pertemuan dan menghayati semangat bersatu dalam kepelbagaian.

Titah baginda keamanan dan ketenteraman dalam negara dijamin sekiranya semangat saling memahami antara kaum serta saling menghormati antara agama.

Pemimpin wajib menunjukkan contoh teladan daripada segi perbuatan serta percakapan bagi memupuk semangat berkenaan.

Titah baginda, sejarah pengorbanan anggota pertahanan dalam negara nyata membuktikan bahawa perkhidmatan pertahanan dan keselamatan negara dipikul secara bersama oleh warga Malaysia daripada pelbagai kaum.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Sambutan Aidil Adha dan Memperingati Hari Pahlawan di Dataran Kem Syed Putra, Ipoh.