Saturday, 15 August 2020

updated 11:57 AM UTC, Aug 15, 2020

COVID-19: Dua kluster baharu dikesan di Kedah dan Sarawak

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 28 Julai - Kementerian Kesihatan mengesan dua lagi kluster baharu iaitu Kluster PUI Sivagangga, India dan Kluster Satok.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks Kluster PUI Sivagangga, India merupakan pemastautin tetap yang pulang ke Malaysia dari India pada 13 Julai.

Hasil saringan di pintu masuk KLIA didapati negatif, namun individu berkenaan tidak mematuhi syarat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan hasil saringan ulangan didapati positif.

Individu berkenaan kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

Hasil pengesanan kes secara aktif mendapati lima dikesan positif melibatkan empat bukan warganegara.

Kesemua kes positif ini berkongsi tempat kediaman dengan kes indeks.

Kluster Satok pula dikesan susulan saringan COVID- 19 di sebuah pasar di Satok, Kuching.

Seramai 229 peniaga disaring, empat dikesan positif.

Kesemua kes positif adalah tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan.