Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

52 ditahan ingkar PKP

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 15 Julai - Seramai 52 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Daripada jumlah itu, seramai 11 individu direman dan seorang lagi dijamin, manakala 40 individu dikenakan kompaun.

Menerusi kenyataan media Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 64,414 pemeriksaan dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam.

Ia melibatkan 2,877 pasukan pematuhan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Selain pasaraya, restoran, penjaja, kilang, bank dan pejabat kerajaan, pemantauan turut melibatkan terminal pengangkutan darat, air serta udara.

Mengenai tapak binaan, Datuk Seri Ismail memaklumkan, pemeriksaan di 43 lokasi semalam mendapati hanya 4 tapak tidak patuh SOP dan diberi nasihat.

Manakala 34 lagi tapak binaan patuh SOP.