Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

COVID-19: Pulih sektor pelancongan menerusi pelan dirangka kerajaan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 15 Julai - Sebanyak RM31 bilion bagi segmen pelancong antarabangsa dan lebih RM13 bilion lagi untuk sektor domestik.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia merupakan pecahan jumlah kerugian yang diunjurkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akibat krisis COVID-19 shingga bulan lepas.

Secara keseluruhan Malaysia mengalami kerugian sebanyak RM45 bilion.

Tambah beliau lagi, ketika ini, kerajaan akan menumpukan kepada usaha-usaha pemulihan industi pelancongan menerusi pelaksanaan Pelan Pemulihan Pelancongan dan Kebudayaan yang telah dirangka.

Sementara itu, keputusan untuk melaksanakan Tahun Melawat Malaysia pada masa akan datang adalah bergantung kepada keadaan semasa dunia.

Ia turut mengambil kira tempoh masa yang wajar bagi persediaan pelaksanaan sebarang kempen dalam skala yang besar.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat, hari ini.