Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

1,102 sekolah di Perak kembali dibuka hari ini

  • Published in Nasional

IPOH, 15 Julai - Sesi pembukaan semula 1,102 sekolah di Perak menyaksikan pelbagai aksi dan gelagat, setelah hampir 4 bulan sekolah di tutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Daripada jumlah itu, sebanyak 250 sekolah menengah dan 852 sekolah rendah terlibat.

Menurut Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jelapang di Ipoh, Noor Azman Zainal Abidin, pihak sekolah memastikan setiap pelajar dan guru mengikut SOP yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan.

Manakala, bagi pelajar pula, rata-ratanya, memahami konsep norma baharu dan SOP yang perlu diamalkan ketika sesi pembelajaran berlangsung.