Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

Pelajar patuh SOP, gembira kembali ke sekolah

  • Published in Nasional

SHAH ALAM, 15 Julai - Seawal 7 pagi, perkarangan sekolah mulai sibuk dengan kehadiran pelajar tahun 5 dan 6 yang memulakan sesi persekolahan hari ini.

Di Sekolah Kebangsaan Seksyen 6, Shah Alam, semua pelajar hadir memakai pelitup separuh muka dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) memasuki kawasan sekolah.

Wartawan Atiqah Ismail ada perinciannya.

Hasil tinjauan saya bersama kru RTM, seawal 7 pagi, pelajar sudah tiba di sekolah serta menjalani saringan suhu di pintu masuk.

Sekolah berkenaan didapati mematuhi SOP antaranya susunan meja dan kerusi di dalam kelas dijarakkan, selain makanan di kantin sudah siap dibungkus untuk diagihkan kepada murid sekolah..

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Baharudin Mat Taib yang turun meninjau sekolah berkenaan menjelaskan, pihak sekolah sentiasa bekerjasama dengan pihak polis dalam menjayakan pematuhan SOP yang ditetapkan.

Sementara itu, keterujaan dalam kalangan pelajar dapat dilihat apabila mereka kini, boleh bertemu rakan-rakan di sekolah.