Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

KPM sedia bincang SOP penyelenggaraan bangunan sekolah

  • Published in Nasional

TANAH MERAH, 15 Julai - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia berbincang dengan pelbagai pihak berkaitan Prosedur Standard Operasi (SOP) membabitkan penyelenggaraan bangunan di sekolah.

Menurut Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Jidin, tindakan itu diambil susulan kejadian membabitkan seorang guru lelaki, Rosli Abdul Aziz, 54 tahun yang maut semalam selepas terjatuh dari balkoni tingkat satu bangunan sekolah ketika melakukan persiapan akhir sebelum pembukaan semula sesi persekolahan.

Dr. Mohd Radzi berkata, KPM melihat kejadian yang berlaku sebagai satu pengajaran dan kementerian akan terus memberi komitmen terbaik bukan sahaja kepada barisan guru, pelajar malah seluruh kakitangan sekolah.

Jelasnya, kejadian itu bukan sahaja suatu kehilangan besar buat warga Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah, malah ia adalah dugaan berat kepada pihak KPM.

Terdahulu, beliau ditemui mediaselepas melawat lokasi kejadian guru yang meninggal dunia selepad terjatuh daribalkoni di SK Batu Gajah,Tanah Merah hari ini.  

Dr. Mohd Radzi turut menasihati warga sekolah agar lebih peka dan berhati-hati supaya kejadian sama tidak berulang lagi.

Langkah berjaga-jaga harus diambil demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.  

Sementara itu,dalam tinjauannya beliau berpuas hati dengan pembukaan semula sesi persekolahan bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 4 serta Tahun 5 dan 6 hari ini kerana mematuhi Pematuhan SOP yang telah ditetapkan.