Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

26,898 pelajar sekolah rendah dan menengah memulakan persekolahan di Perlis

  • Published in Nasional

PERLIS, 15 Julai - Seramai 26,898 pelajar sekolah rendah dan menengah memulakan hari pertama persekolahan selepas ditutup sejak pertengahan Mac lalu.

Ia melibatkan 7,763 pelajar tahun 5 dan 6 di sekolah rendah, manakala 19,135 pelajar bagi Tingkatan 1 hingga 4.

Sesi persekolahan berkenaan melibatkan 74 buah sekolah rendah dan 30 buah sekolah menengah.

Sebelum ini pada 24 Jun lalu, seramai 3,994 pelajar Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam telah memulakan sesi persekolahan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man yang membuat lawatan di dua buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Islam 1 dan Sekolah Kebangsaan Behor Empiang berpuas hati dengan pematuhan SOP yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pengoperasian semula semua sekolah di negeri ini mengikut Model Satu Sesi berdasarkan bilik darjah yang mencukupi bagi menempatkan semua murid setelah mengambil kira penjarakan sosial.