Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

Kuala Lumpur catat jumlah gelandangan tertinggi di Malaysia

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 15 Julai - Kuala Lumpur mencatatkan jumlah gelandangan tertinggi di Malaysia dengan peratusan sebanyak 50% daripada 1,283 gelandangan yang diselamatkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Ia diikuti Johor, sebanyak 20% dan Sarawak mencatatkan jumlah gelandangan seramai 145 orang.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, kementeriannya mengambil maklum mengenai perkara berkenaan dan cadangan menyelesaikan isu gelandangan khususnya di bandar raya sedang dibincangkan bersama kementerian dan agensi berkaitan.

Sehubungan itu, Akta Orang Papa 1997 juga akan dikaji semula dalam usaha menambah baik peruntukan perundangan berkaitan gelandangan.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli.

Datuk Seri Rina menjelaskan, kesemua gelandangan yang diselamatkan telah ditempatkan di 23 Pusat Gelandangan Sementara di seluruh negara.

Dalam pada itu, bagi Kuala Lumpur yang mencatatkan jumlah gelandangan tertinggi, kementeriannya bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menyelamat dan menempatkan mereka di dewan orang ramai, pusat komuniti dan balai raya DBKL yang diubahsuai menjadi Penempatan Sementara Gelandangan.