Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

5 pembida sudah tandatangan perjanjian pembelian projek solar skala besar pusingan ketiga

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 15 Julai - Kesemua 5 pembida yang berjaya dalam bidaan Projek Loji Jana Kuasa Solar Skala Besar Pusingan Ketiga (LSS-3) telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga dengan Tenaga Nasional Berhad, TNB.

Jelas Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, kesemua pembida tersebut dijangka mencapai persetujuan dari segi kewangan sebelum akhir tahun ini walaupun syarikat-syarikat tersebut mengalami kelewatan pelaksanaan projek berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau menjawab soalan wakil Bakri, Yeo Bee Yin.

Menjawab soalan tambahan ahli parlimen Jempol Datuk Salim Sharif, Datuk Dr Shamsul memaklumkan dewan, bahawa syarikat tempatan diberikan peluang untuk terlibat dalam bidaan.

Ia sebagai usaha merancakkan semula perkembangan industri tenaga selepas terjejas akibat penularan wabak COVID-19.