Friday, 7 August 2020

updated 4:04 PM UTC, Aug 7, 2020

Kempen kesedaran COVID-19, KKMM terima sambutan menggalakkan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 13 Julai - Hampir 2,000 penyertaan diterima Kementerian Komunikasi dan Multimedia, bagi Pertandingan Mencipta Logo dan Slogan Kempen Kesedaran COVID-19.

Penyertaan dibuka dari 1 hingga 10 Julai lalu.

Pertandingan itu, bertujuan menerapkan budaya kebiasaan baharu dan kawalan kendiri rakyat Malaysia, bagi mengekang penularan COVID-19.

Ia juga sebagai tanda sokongan dan kesepakatan rakyat Malaysia dalam menghadapi COVID- 19.

Pemenang tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai RM5,000, tempat kedua RM3,000, dan tempat ketiga RM1,000.

Hadiah akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akhir Julai ini.

Logo dan slogan terbaik, akan digunakan sebagai identiti rasmi sepanjang kempen kesedaran COVID -19, yang bakal dilancarkan Perdana Menteri.