Friday, 7 August 2020

updated 4:04 PM UTC, Aug 7, 2020

Kluster baharu COVID-19 dikesan di Melaka

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 13 Julai - Kementerian Kesihatan mengesan satu lagi kluster baharu COVID-19.

Kali ini, di Melaka, dinamakan sebagai kluster Novgorod.

Ia melibatkan pesakit di bawah pemantauan (PUI) dengan tiga kes direkodkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata kes pertama merupakan warga Malaysia yang pulang dari Rusia, 5 Julai lalu.

Saringan di pintu masuk antarabangsa mendapati beliau positif COVID-19 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan susulan.

Kes kedua, merupakan rakan kepada kes pertama yang turut menaiki pesawat sama pulang ke tanah air.

14 kontak rapat telah dikenalpasti.

Kesemuanya telah disaring dan disahkan negatif COVID-19.

Siasatan serta aktiviti pengesanan kontak rapat masih dijalankan.

Dalam pada itu, daripada 7 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini, 6 adalah kes import dan satu kes penularan tempatan.

Manakala satu kes pulih dan dibenarkan discaj.

Tiada pertambahan kes kematian.