Friday, 7 August 2020

updated 4:04 PM UTC, Aug 7, 2020

32 individu dikompaun ingkar PKPP

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 13 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 37 individu atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan memaklumkan, daripada jumlah itu 5 telah direman, manakala 32 lagi dikenakan kompaun.

20 individu melakukan aktiviti yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP), 16 berkaitan penjarakan sosial dan 1 melibatkan aktiviti dalam pub atau kelab malam.

Tambahnya, pemantauan PKPP semalam merangkumi 65,253 pemeriksaan oleh 2,762 pasukan pematuhan.

Ia terdiri daripada 12,343 anggota yang telah membuat pemantauan di 3,974 pasar raya dan 5,607 restoran.

1,315 penjaja, 1,079 kilang, 3,718 bank dan 740 pejabat kerajaan turut dipantau.

Ia turut melibatkan 1,120 terminal pengangkutan darat, 252 terminal pengangkutan air dan 121 terminal pengangkutan udara telah dipantau oleh Pasukan Petugas Operasi Pematuhan.