Friday, 22 October 2021

updated 9:20 AM UTC, Oct 22, 2021

Harga ayam dijamin turun menjelang Ogos

  • Published in Nasional

BACHANG, 12 Julai - Harga ayam dijamin turun sehingga paras bawah RM9 sekilogram menjelang Ogos ini selepas kata sepakat dicapai antara penternak ayam dan kerajaan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata keperluan itu bagi mengelak harga ayam terus meningkat.

Setakat pemantauan yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sehingga awal bulan ini mendapati harga ayam di seluruh negara telah turun antara RM8.40 hingga RM8.20.

Beliau terdahulu menyertai Program Walkabout Pemantauan Harga Barang di Pasar Awam Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Di Bachang.

Hadir sama, Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Ismail Othman dan Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee.

KPDNHEP juga sentiasa melaksanakan pemantauan harga barangan kawalan, menjelang Hari Raya Aidiladha.

Dalam masa sama, beliau turut memberi jaminan barangan mentah menjelang Aidiladha mencukupi.