Thursday, 13 August 2020

updated 2:52 PM UTC, Aug 12, 2020

Majikan wajib patuhi Akta 446 - Menteri Sumber Manusia

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 7 Julai - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan memberi peringatan kepada majikan untuk wajib mematuhi pindaan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Justeru, pemeriksaan berkala akan dilakukan ke atas kuarters binaan dan rumah kongsi pekerja asing di tapak pembinaan supaya mematuhi prosedur standard operasi (SOP) ditetapkan.

Beliau menjelaskannya kepada media selepas melawat penempatan pekerja pembinaan di Bangsar.

Sekiranya ingkar, majikan akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta 446 .

Sebelum ini majikan diberi tempoh penangguhan tiga bulan sehingga 31 Ogos ini untuk melakukan persediaan sebelum dikuatkuasakan bermula 1 September.