Friday, 14 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 14, 2020

6 kes baharu positif COVID-19

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 7 Julai - Sebanyak 6 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 8,674 kes.

Daripada 6 kes itu, empat adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Kesemua mereka merupakan warga Malaysia.

Manakala baki 2 kes juga warga tempatan hasil saringan di dua tempat kerja di Kuala Lumpur dan Selangor.

Tiada penambahan kes kematian dilaporkan hari ini dengan 5 kes pulih dan dibenar discaj.