Friday, 14 August 2020

updated 1:11 PM UTC, Aug 14, 2020

Perintah Pengawasan, Pemerhatian Di Rumah tunjuk petanda positif

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 7 Julai - Pelaksanaan Perintah Pengawasan dan Permerhatian Di Rumah atau Home Surveillance Order (HSO) yang ditetapkan kerajaan menunjukkan keberkesanan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

Sejak pelaksanaannya belum ada lagi penularan kes dilaporkan dalam kalangan ahli keluarga individu yang positif COVID-19 .

Petanda positif itu menurut Kementerian Kesihatan, satu kejayaan dalam usaha mengurangkan penularan COVID-19 dalam komuniti.

Bagaimanapun, kejayaannya tertakluk kepada kepatuhan orang ramai terhadap perintah yang ditetapkan.

Justeru, pengembara yang pulang diminta patuh kepada syarat ditetapkan bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 di negara ini.