Thursday, 6 August 2020

updated 2:38 PM UTC, Aug 6, 2020

Lembah Herba diusahakan secara Komersial - PM

  • Published in Nasional

TROLAK, 7 Julai - Sempena Sambutan Hari Peneroka FELDA 2020 itu juga, Perdana Menteri turut melancarkan Lembah Herba.

Ia merupakan salah satu projek yang dibangunkan FELDA dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia.

Pelaksanaannya yang mengaplikasikan teknologi terkini bukan sahaja membantu FELDA mengeluarkan herba berkualiti tinggi malah bakal memberi impak besar kepada industri herba.

Lembah herba tersebut akan dibangunkan di Zon Trolak yang melibatkan lima rancangan iaitu, Sungai Kelah, Sungai Behrang, Trolak Utara, Selatan dan Timur.

Ia melibatkan kawasan keseluruhan seluas 59.24 hektar.

Manfaatnya membolehkan peneroka dan generasi FELDA memperoleh pendapatan tambahan.

Antara tanaman yang telah dikenal pasti adalah misai kucing, belalai gajah, kacang sacha inchi, roselle serta daun gelenggang yang akan diusahakan secara komersial oleh peneroka.