Thursday, 6 August 2020

updated 2:38 PM UTC, Aug 6, 2020

Kerajaan sedia RM200 juta naik taraf jalan pertanian FELDA

  • Published in Nasional

SUNGKAI, 7 Julai - Sebanyak RM200 juta diperuntukkan untuk naik taraf dan menyelenggara jalan pertanian kebun peneroka di tanah-tanah rancangan FELDA seluruh negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata , selain itu, RM45 juta turut disediakan bagi menaik taraf Asrama Semai Bakti FELDA di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kuantan.

Asrama yang menyediakan kediaman selesa untuk anak-anak peneroka sekaligus meningkatkan kecemerlangan mereka dalam bidang pendidikan.